Tahap kesihatan Bukit Koman

Projek lombong emas di Bukit Koman, Raub tidak membahayakan kesihatan 3,000 penduduk walaupun bahan kimia beracun sianida digunakan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T Murugiah mengumumkan laporan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Kesihatan Pahang di Kuantan pada 25 Jun 2009.Kilang Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd memenuhi piawai kesihatan .Beliau turut menerima memorandum daripada Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Sianida Bukit Koman di Parlimen. Kajian telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Geosains dan lain-lain. Negara Australia , Jerman dan lain-lain negara turut menggunakan bahan kimia sianida dalam kegiatan perlombongan emas mereka.[2]

  1. JAS telah meletakkan alat ukuran bunyi bising si situ dan mendapati tahap bunyi hanya 48.7 desibel iaitu masih di bawah paras yang ditetapkan JAS iaitu 55 desibel.
  2. Bau kurang menyenangkan sebenarnya masih di bawah paras yang ditetapkan JAS.
  3. Sampel air Sungai Koman dan sungai-sungai berdekatan tidak mengandungi sianida. Pemantauan berkala diteruskan .
  4. Kementerian Kesihatan mendapati tiada kesihatan penduduk terjejas akibat bahan kimia sianida.Pada Mac 2009 seramai 153 orang dikaji tahap kesihatan mereka. 93 orang diperiksa.6 daripada mereka mengadu sakit kepala dan pening. Doktor mengesahkan sakit kepala dan pening tiada kaitan dengan sianida.